Ahad, 15 Ogos 2010
putri dah pandai selongkar dapur lamari..
Baby wasi yang kedua ni dah pandai selongkar dapur dan lamari(almari)..hari2 rumah berkemas tapi laa..jadi mcm sarang tikus jadinya bila baby aku dah beoperasi sendirinya..Sekarang dia main injibi ( pewarna )...abes dia sapu ke mukanya..kena lagi ngan injibi kaler merah npk sgt mcm darah 1 badan dia..alahai anakku ni..Tapi xapalah,,dia aktif mcm 2 elok lah mcm 2. .
Nasi Kuning
untuk sahur pagi tadi wasi dengan rajinnya mengidam nak makan nasi kuning makanan femes kat sabah ni..Awal pagi jam3 wasi bangkit nak perah santan pe segala la..n then,,syukur pada Allah...hasilnya sangat memuaskan hati suami..Nak pikat hati suami kena rajin masak..Pahala besar 2 masakkan tuk suami..hehe..
Sungkaian puasa ke-4
Bagi sungkaian wasi pada hari ke-4 ni wasi masak simple je..Wasi masak merah je ayam 2 n tumis sayo campo..Beli ckit kat bazaar sayap ayam,,cendol n kue mue. .alhamdulillah abes smua d makan ni n xada yg tinggal..Untuk sahur wasi masaka nasi kuning..Orang rajin masak ni tak kira timing tau??
anak pun pandai gak ngidam eh
Kemarin,,anak petama wasi ni pandai lak nak minta nasi ayam..Wasi dah masakkan untuk ank2 nasi dgn lauk..Tapi tak nak lak c kakak ni..Dia nak nasi ayam.Nasi ayam kat Ayamas lagitu..Pandai dia nak yang sedap n time kita orang ngah lemas berpuasa ni..Wasi kol je kat Ayamas shop 2 n order pe yg dia nak 2..Nnt ayah dia balik singgahkan amik order..Alahai kalo anak dah pandai cerewet ni susah jugak lah kan?
Rabu, 11 Ogos 2010
puasa pertama anak pertama ku
Harini kita semua memulakan puasa yang pertama dalam bulan ramadhan..Kemarin,,semua murid tabika diberi surat tentang latihan puasa budak2 tabika.Hari biasa,,dak2 tabika akan diberi breakfast jam 8 dan makan pada pukul 10..memandangkan untuk menghormati bulan ramadhan,,semua murid tabika yang beragama islam tidak akan makan seperti itu dan diperintahkan agar membawa bekas masing2 untuk diisikan makanan bila waktu balik sekolah nanti..Makanya,,anak wasi yang pertama ni memang wasi bangkitkan untuk sahur bersama..Nak latih dia bertahan makan dan minum lah tu..Namun setelah balik dari sekolah,,bekas yang berisi mee hun dari pihak sekolah terus sahaja dijamah oleh sang anak ini...hehe...Kelaparan agknya kot??..Wasi tengok muka anak ni pun pucat..Wasi bagi lah dia teruskan makannya tu..kesian juga..Tapi alhamdulillah lah sebab dak 5tahun dapat jugak menahan lapar setengah hari..Bagaimana lak dengan hari esok,,lusa tau tulat????...hanya Allah sahaja yang tahu...
Gila kan c Guitar
Ini story pada tengah hari tadi..Wasi sebenarnya ni pandai main gitar..huhu...Iye lah dah minat masa kecik lagi tanpa didikan tau??. .memandangkan wasi dah ada lesen keta sendiri,,jadi wasi bawa anak bersama mengunjungi kedai peralatan muzik kat klang...setakat klang je wasi leh bawa keta..nak p jauh,,jangan harap nak p sebab takut tengok jalan yang terlampau senang di ingat tu..senang diingat???...laa,,bagi lawan je maksud ungkapan wasi tu..Btw,,sampai je kat kedai 2,,wasi dapat la sebijik gitar..hehe...nak wasi mainkan untuk korang leh gak,,nnt wasi uploadkan VC wasi...hehe
keletihan baby ku
Balik je dari mandi manda kat Lost Tambun ni,kita orang cari tempat nginap mana yang murah la..memandangkan kat Ipoh ni tak banyak pilihan jadi kami memilih je lah Hotel Sri Malaysia..Jimat dan berbaloi...huhu..Ni nak story about my lil princess..Dia tak sehat sebenarnya tu tapi anak wasi ni kan anak yang baik..Sejuk hati wasi semasa mengandungkan dia..Nak bawa jalan ke mana pun,,tak kan ada cerewetnya biarpun dia tak sehat sehingga kawan2 pun menegur sebab dia senang di bawa berjalan..Apa taknye???..masa wasi pregnant kan kaki jalan..huhu...dan juga Berkat amalan doa2 yang wasi amalkan semasa mengandungkan dia..Alhamdulillah. . Biarpun tak sehat namun dia still steady aja dan tak menunujukkan rasa jenuhnya tu..
Balik je dari Lost World,,baby terus wasi mandikan dan bagi dia makan ubat demam..Emmm,,bila da makan ubat 2 confirm lah baby akan tido..Tapi tak apa lah..budak ni elok kalau tido sebab pertumbuhan..Btw,,bermalam kat Ipoh memang best..
Lost World memang Best
Sabtu lalu kami anak beranak planning bercuti ke Tambun ''LOST WORLD''. . minat nak mandi manda punya pasal lah tu. .Tapi alhamdulillah selamat jua kami menuju ke destinasi yg disasarkan. .Ini kali kedua kami ke situ..huhu..semua orang mesti tau tempat mandi manda ni memang bez kan selain SUNWAY LAGOON. .
Tapi jangan lupa tau sebab Lost World ni anak kepada Sunway Lagoon gak cuma ticket masuk ada murah ckit la jika nak compare dgn SL..Ni pic tak banyak upload sebabnya kenakalan anak pertama yang suka main camera n then dengan tidak sengajanya anak ini click button yang ada simbol dustbin tu...uhhhh....memang bengang gak mulanya tapi tak apa la...Lain hari kita p tempat ni lagi n leh berhati2 dengan camera agar tak lagi di main oleh sang anak yang nakal ni...hehehe..
Kita orang suka ke situ sebab tempatnya memang segar n rasa kehijauan je memandang alam sekitar di situ. .
Btw,,kita memang suka bercuti..banyak lagi story kami dari tempat2 yang kami kunjungi tapi next time saya kongsikan bersama..
Selasa, 10 Ogos 2010
Salam Ramadhan
Salam Ukhwah. . .
Selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak. . .
Semoga semua umat islam dapat menyempurnakan rukun islam yang ke-3 ini dengan baik. .
Begitu juga dengan diri wasi,,hopefully dapat la tempos pada ramadhan kali ini. . .Kalo tak tempos jugak,,alamatnya kena qada di hari lain. . .
Tidak lupa kepada seluruh keluarga wasi kat Sabah,,moga2 kalian dapat berpuasa tanpa adanya cacat cela..
Dan kepada suamiku,,selamat ya ke atas kamu wahai abang. . hehe
Burger King Memang sedap
Semalam kita anak beranak nie pie makan burger kat Burger King. . .
Everybody know kat Burger King memang menyediakan pelbagai jenis burger n sememangnya sungguh sedap. .
Wasi ni lagi lah jenis yang suka makan western food ni esp;burger la. .
Anak2 biasalah suka makan kentang fries 2 jer. .Tengok je lah baby dengan kaka nya,,makan ngam abess punyer...yg wasi lak sibuk snap pic diurang...nasib bek anak n hubby..kalo org len,,nnt dikatakan jakun lak mcm tak pernah makan kat tempat 2..huhu..
Bagaimana lak dengan papa 2???
sudah tentu sibuk layan bizneznya. . .
sedap mcm mana pun burger nie,,mana papa 2 nak layan. . .hampeh tul! !
Btw,,kita anak beranak memang akan jadikan Burger King sebagai tempat persinggahan kami untuk makan burger selain drpd KFC,,Pizza n McD. . .
Tapi memang sedap giler burger kat Burger King. . Harga pun kaw2 gak...emmmm
Isnin, 9 Ogos 2010
Baby yang Pintar
Harini baby wasi dah genap setahun 3bulan..
Baby dah dapat berjalan dengan baik. .
Baby wasi mudah faham apa yang wasi katakan. .
Tak kira wasi perintahkan dengan nada marah atau bergurau,,anak ini sungguh mengerti. .
Alhamdulillah. .kerana baby wasi amat senang di jaga dari kecik hingga sekarang. .
Apapun,,baby wasi sangat mudah senyum macam wasi juge. .
Yang wasi suka sangat kelaku baby ini ialah rajin dan mudah mengerti apa yang kita sebagai ibunya lakukan. .sebagai contoh mengemas dan selepas makan. .
Baby akan letak botol susu atau gelas selepas dia minum ke atas meja. .
begitu juge dengan bermain dibiliknya. .Di biliknya penuh dgengan permainan dan buku2 wasi..Memang baby ni akan selongkar abis,,tetapi alhamdulillah baby akan letak balik mana kepunyaan ibunya sebab baby ni takut ibunya marah dia kot??,,,,hehehe...btw,,terima kasih ya Allah kerana kurniakan aku anak yang sungguh pintar ini..Begitu juga bila baby wasi jumpa pen atau pencil kepunyaan kakaknya,,wasi duk perhati..baby seolah2 nak belajar menconteng di atas paper yg dia jumpa dan memang menggembirakan hati wasi kerana dalam seusia nya yang muda ini,,baby dah pandai memegang batang pen atau pencil dengan baik..
semoga anak2 ku menjadi anak yang berguna pada generasi yang akan datang..
Terima Kasih Ya Allah
Semenjak beberapa hari dalam bulan ini,,my hubby selalu dapt ikan besar2 bila beliau pegi memancing bersama teman2 sehobinya di port klang. .
Sebelum ini,,hubby dapt ikan putih yg kecik2 sahaja.Namun dalam beberapa harini ni,,kami anak beranak dapat makan ikan hasil pancingan hubby sye..
Ikan pari,,ikan baji,,ikan sembilang merupakan ikan yang menjadi rezeki kami dalam beberapa hari ini..
Bukan senang nak dapatkan ikan yg besar2 kat port klang 2. .
teman2 sehobi beliau hanya dapat ikan2 yg kecik sahaja..
mungkin inilah rezeki namanya..
nak dapatkan ikan fresh sebigini kat market bukan senang..
justeru,,alhamdulillah. . . .
Sebelum ini,,hubby dapt ikan putih yg kecik2 sahaja.Namun dalam beberapa harini ni,,kami anak beranak dapat makan ikan hasil pancingan hubby sye..
Ikan pari,,ikan baji,,ikan sembilang merupakan ikan yang menjadi rezeki kami dalam beberapa hari ini..
Bukan senang nak dapatkan ikan yg besar2 kat port klang 2. .
teman2 sehobi beliau hanya dapat ikan2 yg kecik sahaja..
mungkin inilah rezeki namanya..
nak dapatkan ikan fresh sebigini kat market bukan senang..
justeru,,alhamdulillah. . . .
Salam Perkenalan
Assalamualaikum. . .
Selamat datang ke Blog saya. .
Saya orang baru dalam dunia blog ni. .
Tujuan Blog ini dicipta adalah semata2 ingin berkongsi tentang kehidupan saya dan keluarga saya bersama kawan2 yang sudi singgah atau tersinggah di blog saya ini . .
Jika ada salah dan silap harap kawan2 maafkan dan tegur di mana kesilapan saya itu. .
Sesungguhnya saya hanya seorang biasa . .
Salam perkenalan semua!!!!
Selamat datang ke Blog saya. .
Saya orang baru dalam dunia blog ni. .
Tujuan Blog ini dicipta adalah semata2 ingin berkongsi tentang kehidupan saya dan keluarga saya bersama kawan2 yang sudi singgah atau tersinggah di blog saya ini . .
Jika ada salah dan silap harap kawan2 maafkan dan tegur di mana kesilapan saya itu. .
Sesungguhnya saya hanya seorang biasa . .
Salam perkenalan semua!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)
















